Thursday, 5 March 2015

Jenis-jenis tepung

Assalamualaikum,

Mood memasak selalu je ada tapi jadi takde mood bila nak cari barang. kan best kalau boleh order barang dari rumah je. Google cari barang apa kita nak, then bayar, within 2 hours barang sampai. oh my indahnya dunia.. alahai semakin malas la rakyat kalau mcm tu (point to myself) hahah. kompem xde orang dah kat groceries tp betol la bila fikir balik, nape la takde orang nak hire bende2 cmni.ok berbalik kepala topik kita, saya dapat dari blogger lain, kadang2 kita nak masak mesti pening, nape banyak sangat tepung nk kene guna. paling best kalau kirim kt encik suami. kompem la yang nak paling murah. kirim tepung gandum, balik rumah dapat tepung jagung sebab murah. terbantutla impian nak buat cekodok. cekodok je pun dah tunggu berhari2. hahah

ok kat bawah ni ada pelbagai jenis tepung dan kegunaannya yang aku sendiri baru belajar nak kenal.alahai kesian patut orang tanya pernah buat kek aku cakap tak reti, kenal tepung pun tak. lol




Flours
-Tepung adalah bahan asas dalam pembuatan segala jenis roti, mi, kuih-muih, pastri, kek & etc. Ramai yang keliru akan fungsi sesetengah jenis tepung terutama sekali tepung gandum (all purpose flour/ plain flour) & tepung kek (superfine flour). 

Apa yang membezakan setiap jenis tepung adalah kandungan protein di dalamnya yang akan menghasilkan gluten yang diperlukan untuk setiap jenis produk. Di sini ada sedikit maklumat tentang beberapa jenis tepung yang biasa di gunakan.




Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras. Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.


Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya. Biasanya digunakan untuk membuat roti & kuih tradisional yang lain.



Plain flour / all purpose flour
-Lebih dikenali sebagai tepung gandum atau tepung serbaguna. Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar & halus, boleh digunakan untuk semua jenis kuih, kek & etc...






Superfine flour / cake flour
- Lebih dikenali sebagai tepung kek. Mengandungi kadar protein yang rendah & kandungan kanji yang tinggi. Campuran di antara tepung gandum & tepung jagung. Sesuai digunakan untuk membuat kek kerana teksturnya yang lebih halus & ringan.


Self-raising flour
- Tepung ini dikenali sebagai tepung naik sendiri, merupakan campuran superfine flour & agen penaik seperti baking powder & soda bicarbonate. Jika menggunakan tepung ini dalam aduanan, tidak perlu menambahkan lagi agen penaik. Biasanya digunakan untuk membuat muffin, scone, pancake & kek.

High protein flour
- Di kenali sebagai tepung roti, mempunyai kandungan protein yang tinggi. Teksturnya lebih anjal & elastik. Sesuai untuk membuat roti & bun.



Pau flour / Hong kong flour
- Juga dikenali sebagai water lily flour. Tepung ini sangat halus & putih. Juga dalam kategori tepung berprotein rendah. Biasanya digunakan untuk membuat pau, kuih lapis & kuih muih yang lain.




Wholemeal / wholewheat flour
- Merupakan tepung yang penuh serat, kandungan protein yang tinggi. Khasnya digunakan untuk membuat roti & bun, boleh juga digunakan untuk membuat pancake & muffin.




Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan. Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.



Sumber gambar : Google

Tepung Rose atau Tepung Biskut 

- Ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tiidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jika sukatan tepung jagung  itu tidak terlalu banyak.Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London .



Tepung Sagu 
-  Terdiri dari tepung yang glute-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.


Tepung Optima 
-Dikenal  Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan moxer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

\

Custard powder
- Dikenali sebagai tepung kastard. Lebih kurang juga fungsinya dengan tepung jagung. Banyak digunakan dalam pembuatan biskut, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna kedalam adunan biskut.

 

Tepung Hoen Kwe 
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-paket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan Puding.

Tepung Biskut Marie 
-Sejenis tepung yg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehinga betul-betul halus.



Tepung Kanji Kentang 
- Digunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang @ goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkan lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak setahu zie tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi - tepung terigu bahasa Indonesia.



Tepung Atta
- Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat. Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur. Kalau nak guna, pleaseee jangan ayak! nanti kek akan jadi berat. Biasanya, bila nak guna tepung nie, kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.

Tepung Kacang Hijau
- Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung Gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket berwarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung Hoen Kwee juga tepung kacang yg diimport dari Indonesia untuk membuat kueh tako.

Tq kepada yang share benda ni. sangat bermanfaat okey c")

Wednesday, 4 March 2015

Pregnancy history

Assalamualaikum,

Harini nak story sikit sepanjang mengandungkan empunya nama blog ni iaitu si cilik auliya. walaupun sume orang tak nak tau tapi nak story jugak. Aku nikah dengan buah hati pengarang jantung aku pada 10 januari 2014. Aku kenal pada ogos 2013. kami kenal atas kawan. atas nama jodoh, perkenalan yang singkat membawa dia untuk jumpa family, then risik+tunang then nikah+sanding. Majlis yang sederhana tapi cukup bermakna. sederhana la sgt.over tau baju liplap2, video siap fotographer bagai. Tapi once in a life. gaduh je tengok video terus sejuk. yelah sangatkan.

Alhamdulillah rezeki mengandung walau pada awalnya nak honeymoon setahun. over oke. tu pada awalnya la tapi orang cakap dont u ever planning awal2 ni. so tak jadi. oke back to story. masa awal2 tu memang selalu muntah. awal pagi je mesti muntah. lepastu tak boleh pegi dapor. even sinki pun aku rasa mcm nak muntah. time tu aku rasa oh tak sanggup. tapi en asben selalu cakap sume tu pahala. so aku kuatkan semangat. orang lain lagi sampai tak boleh bangun. kira aku punya ok lagi la. bau makanan,bau sinki, bau bilik air, bau perfume, bau laki aku semua tak boleh. so sad. everythg aku alami sampai pregnancy 4 bulan saja. lepas tu back to normal. alhamdulillah.

After that, semua nya berjalan lancar. cuma time asben dah fly pegi uk tu aku rasa lost. tapi aku banyakkan baca surah2 pilihan. duduk sorang2, plus tak berani. even malam pun tdo sampai dekat pukul 2,3 pg.padahal esoknya nak mengajar. kecualila mengantuk sangat2 baru boleh tido. time tido rasa seronok ada somebody in ur wombs. berbual2 dengan baby, baby bergerak, berpusing, sometimes rasa macam roller coster pun ada. subhanallah, pengalaman yang sangat tak boley dilupakan. bila dah masuk 8bulan, aku pun dah start check up dengan pakar. excited nak tau jantina,camna keadaan baby. tiap kali cek up mesti report, tapi tiap kali report mesti nak drama. over taw. once 8 bulan, doc pakar cakap baby breech, ya Allah, time tu bukan rasa sedey sebab breech, tapi sedey sebab everythg kene hadapi sendiri. dulu time tak nak ikot asben pegi uk cakap dont worry, inAllah kuat. but actually im not too strong.

Balik rumah google camna nak bagi baby turun, semua aku dah buat tapi bukan rezeki untuk bersalin normal kan. benda yang aku takotkan akhirnya kene kat diri sendiri. 4 november 2014 tarikh yang dicadangkan untuk melahirkan buah hati pertama selamat dilahirkan walaupun tanpa suami di sisi tapi aku yakin Allah bersamaku. semangat dari asben dan keluarga dah cukup. dalam bilik operation tak yah cakaplah. memang scary. cocok kat belakang, then nurse dan doc bermain2 kat perot sampai keluar tangisan baby. then dah siap, doc dengan nurse start jahit menjahit. buntang mataku tak tidor langsung, tengok dari lampu dan cermin kat atas apa yang diorang buat. doc siap cakap, "senyum je dari tadi, tak tidor ke". aku jawab, "tak nak tidor, rugi". walaupun mata serius mengantok tahap study 7 hari 7 malam.

Selepas 3hari 2malam kat hospital akhirnya aku dapat discharge. 9bulan 2 minggu mengandungkan auliya, bila dah lahir baru tau betapa susahnya ibu2 kita dulu. sebab tu perlunya dan wajibnya kita mendengar dan menghormati ibu bapa kita sebab itulah yang kita rasai nanti.