Assalamualaikum,
Harini nak story sikit sepanjang mengandungkan empunya nama blog ni iaitu si cilik auliya. walaupun sume orang tak nak tau tapi nak story jugak. Aku nikah dengan buah hati pengarang jantung aku pada 10 januari 2014. Aku kenal pada ogos 2013. kami kenal atas kawan. atas nama jodoh, perkenalan yang singkat membawa dia untuk jumpa family, then risik+tunang then nikah+sanding. Majlis yang sederhana tapi cukup bermakna. sederhana la sgt.over tau baju liplap2, video siap fotographer bagai. Tapi once in a life. gaduh je tengok video terus sejuk. yelah sangatkan.
Alhamdulillah rezeki mengandung walau pada awalnya nak honeymoon setahun. over oke. tu pada awalnya la tapi orang cakap dont u ever planning awal2 ni. so tak jadi. oke back to story. masa awal2 tu memang selalu muntah. awal pagi je mesti muntah. lepastu tak boleh pegi dapor. even sinki pun aku rasa mcm nak muntah. time tu aku rasa oh tak sanggup. tapi en asben selalu cakap sume tu pahala. so aku kuatkan semangat. orang lain lagi sampai tak boleh bangun. kira aku punya ok lagi la. bau makanan,bau sinki, bau bilik air, bau perfume, bau laki aku semua tak boleh. so sad. everythg aku alami sampai pregnancy 4 bulan saja. lepas tu back to normal. alhamdulillah.
After that, semua nya berjalan lancar. cuma time asben dah fly pegi uk tu aku rasa lost. tapi aku banyakkan baca surah2 pilihan. duduk sorang2, plus tak berani. even malam pun tdo sampai dekat pukul 2,3 pg.padahal esoknya nak mengajar. kecualila mengantuk sangat2 baru boleh tido. time tido rasa seronok ada somebody in ur wombs. berbual2 dengan baby, baby bergerak, berpusing, sometimes rasa macam roller coster pun ada. subhanallah, pengalaman yang sangat tak boley dilupakan. bila dah masuk 8bulan, aku pun dah start check up dengan pakar. excited nak tau jantina,camna keadaan baby. tiap kali cek up mesti report, tapi tiap kali report mesti nak drama. over taw. once 8 bulan, doc pakar cakap baby breech, ya Allah, time tu bukan rasa sedey sebab breech, tapi sedey sebab everythg kene hadapi sendiri. dulu time tak nak ikot asben pegi uk cakap dont worry, inAllah kuat. but actually im not too strong.
Balik rumah google camna nak bagi baby turun, semua aku dah buat tapi bukan rezeki untuk bersalin normal kan. benda yang aku takotkan akhirnya kene kat diri sendiri. 4 november 2014 tarikh yang dicadangkan untuk melahirkan buah hati pertama selamat dilahirkan walaupun tanpa suami di sisi tapi aku yakin Allah bersamaku. semangat dari asben dan keluarga dah cukup. dalam bilik operation tak yah cakaplah. memang scary. cocok kat belakang, then nurse dan doc bermain2 kat perot sampai keluar tangisan baby. then dah siap, doc dengan nurse start jahit menjahit. buntang mataku tak tidor langsung, tengok dari lampu dan cermin kat atas apa yang diorang buat. doc siap cakap, "senyum je dari tadi, tak tidor ke". aku jawab, "tak nak tidor, rugi". walaupun mata serius mengantok tahap study 7 hari 7 malam.
Selepas 3hari 2malam kat hospital akhirnya aku dapat discharge. 9bulan 2 minggu mengandungkan auliya, bila dah lahir baru tau betapa susahnya ibu2 kita dulu. sebab tu perlunya dan wajibnya kita mendengar dan menghormati ibu bapa kita sebab itulah yang kita rasai nanti.
No comments:
Post a Comment